Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Purata pendapatan dijangka meningkat tahun ini -

Purata pendapatan dijangka meningkat tahun ini

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan purata pendapatan meningkat tahun ini tetapi bergantung kepada corak pemulihan ekonomi negara.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, corak pemulihan bagi setiap sektor ekonomi negara dijangka tidak sekata dan akan mempengaruhi gaji dan upah.

“Jika kita (negara) berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi digital dan pembangunan teknologi dalam aktiviti ekonomi dalam jangka masa panjang, kita amat yakin purata pendapatan yang diukur daripada segi gaji dan upah pasti akan meningkat.

“Tetapi ia bergantung bagaimana kita merealisasikannya dalam jangka masa sederhana.

Dalam jangka masa pendek, keutamaan yang diberikan adalah kepada pekerja kembali bekerja dalam sektor-sektor perniagaan (yang terjejas),” katanya selepas mengumumkan laporan sosioekonomi negeri tahun 2020 secara maya, hari ini. – SB