Cari titik pertemuan untuk bersama PM – Mustapa

0
246

SELURUH rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik perlu mencari titik pertemuan dan kebersamaan di bawah kepemimipinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua pihak perlu bekerja sebagai satu pasukan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak generasi akan datang.

“Kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

“Untuk memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, kita memerlukan keamanan dan kestabilan politik. Tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang harus digunakan sebaik mungkin untuk bermuafakat dan meletakkan negara dalam keadaan yang lebih stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapa berkata, pengumuman Muhyiddin semalam mengenai rancangan untuk mengadakan undi percaya di Parlimen pada September ini bukan sahaja diterima baik oleh sebahagian besar rakyat tetapi telah mententeramkan keadaan.

Katanya, salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri.

“Iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

“Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu mengembleng seluruh tenaga dan buah fikiran mewakili pelbagai sektor, bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang tidak pernah kita alami,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here