Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Muhyiddin sedia keabsahan ditentukan Dewan Rakyat bulan depan -

[VIDEO] Muhyiddin sedia keabsahan ditentukan Dewan Rakyat bulan depan

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, suatu usul undi percaya akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat September ini bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

“Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” kata Perdana Menteri dalam perutukan khas hari ini.

Muhyiddin berkata, kemelut politik yang berlaku sekarang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja
Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” kata Perdana Menteri – SB