Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin demonstrasi ditahan -

Pemimpin demonstrasi ditahan

Polis Thailand hari ini menahan pemimpin penunjuk perasaan, Jatupat Boonpathararaksa bersama 20 lagi peserta tunjuk perasaan kerana melanggar Dekri Darurat dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.

Jatupat Boonpathararaksa ditahan selepas mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di luar Biro Pencegahan Narkotik (NSB) di Jalan Vibhavadi Rangsit awal hari ini, menuntut pembebasan tiga penunjuk perasaan yang ditahan pada Ahad malam.

Pada Ahad, penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di jalan-jalan di Bangkok bersama ratusan kereta dan motosikal, mengulangi semua tuntutan mereka selama ini antaranya pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.

Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Jeneral Piya Tawichai berkata 11 orang ditangkap semasa tunjuk perasaan pada  Ahad kerana melanggar perintah darurat dan undang-undang kawalan penyakit berjangkit.

“Sebanyak 13 anggota polis cedera dalam tunjuk perasaan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mempertahankan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan setelah memberi amaran berulang kali.

Katanya, polis mematuhi prosedur operasi standard antarabangsa dalam menyuraikan orang ramai.

Pada April, Jatupat dan aktivis politik Somyos Prueksakasemsuk menghadapi pelbagai tuduhan termasuk lèse-majesté kerana menyertai tunjuk perasaan pada September tahun lalu. Kedua-duanya diikat jamin dengan bersyarat oleh Mahkamah Jenayah pada pertengahan April.