TIDAK sampai 24 jam melarikan diri dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang, tiga daripada empat tahanan itu berjaya ditahan semula.
Menurut laporan Harian Metro, ketiga-tiga mereka itu ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Manggatal, pada 5.45 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tiga tahanan itu berusia antara 19 hingga 27 tahun.
Menurutnya, seorang lagi tahanan yang masih bebas sedang giat diburu pasukan polis.
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan dibantu IPD Kota Kinabalu dan Ketua Balai Polis Manggatal,” katanya..
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.