Isteri PM Singapura puji kadar vaksinasi Malaysia

0
282

KADAR vaksinasi COVID-19 semasa negara yang cukup memberansangkan sehingga mencatat peningkatan kira-kira setengah juta suntikan setiap hari, mendapat pujian daripada Isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching hari ini.

Menerusi hantaran Facebook peribadi beliau, Ho Ching menyatakan bahawa kadar vaksinasi Malaysia kini berada di tahap yang sama dengan kadar vaksinasi di Amerika Syarikat.

“Ini adalah kadar vaksinasi semasa di Amerika Syarikat, cuma bezanya Amerika Syarikat mempunyai populasi 10 kali ganda berbanding Malaysia. Go, go, go!” tulisnya.

Setakat semalam, lebih 21 juta dos vaksin diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan penghujung Februari lalu.

Jumlah pemberian 21 juta dos vaksin setakat semalam terdiri daripada 14 juta suntikan dos pertama manakala lebih kurang tujuh juta suntikan dos kedua diberikan.

Minggu lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa kerajaan menyasarkan untuk menjalankan vaksinasi lengkap kepada 50% populasi dewasa menjelang hujung Ogos ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut mengumumkan kerajaan juga kini sedang menyediakan deraf untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang menerima vaksin lengkap. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here