Tidak wajar libatkan institusi istana demi cita-cita politik

EXCO Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam meminta semua pihak menghormati dan menjunjung Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. 

Dalam satu hantaran video hari ini, Aizat menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda mempunyai fungsi-fungsi yang penting dalam usaha memastikan kestabilan serta tadbir urus negara dapat diteruskan. 

Beliau berpendapat bahawa menggunakan Seri Paduka Baginda bagi mencapai cita-cita politik adalah satu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan. 

“Dalam keadaan sekarang, negara masih lagi berjuang dalam mencari jalan keluar bagi masalah penularan jangkitan COVID-19. 

“Kita sudah ada krisis kesihatan dan krisis ekonomi, jadi tidak perlulah kita menambah lagi krisis politik atau krisis perlembagaan,” tambahnya.