Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pembangkang banyak cakap, tak peduli urus Covid-19 - Annuar -

Pembangkang banyak cakap, tak peduli urus Covid-19 – Annuar

BANYAK cakap di Parlimen dan tidak peduli mengenai permasalahan Covid-19 serta kesusahan rakyat – itulah kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kepada pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agenda Daily hari ini berkata, pembangkang hanya lebih minat berbicara mengenai soal kuasa dan politik seperti yang dapat dilihat dalam sidang Parlimen baru-baru ini.

“Dalam sidang Parlimen yang berlangsung mereka tidak berminat membincangkan mengenai cara pengurusan Covid-19 dan bagaimana ekonomi patut dipulihkan.

“Mereka hanya asak soal politik dan cuba menggugat kedudukan kerajaan,” kata beliau dalam kenyataannya.

Tambah beliau, pembangkang juga tidak mempedulikan keselamatan orang lain dan mahu meneruskan sidang Parlimen demi kerakusan mereka untuk merampas kuasa.

Dakwaan beliau itu dibuat berdasarkan keadaan semasa di Parlimen di mana 70 kes jangkitan wabak telah dikesan berlaku di kawasan itu kejap seminggu sidang berjalan.

“Mereka hanya peduli bagaimana kerajaan boleh dijatuhkan dan bagaimana mereka boleh merampas kuasa dan jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Dakwa Annuar lagi, tindakan pembangkang beberapa kali memetik nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut membuktikan pihak berkenaan cuba mengheret baginda ke dalam permainan politik mereka.

Annuar dalam masa sama menegaskan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin masih memiliki majoriti.

Ini sekaligus menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan sudah tidak lagi mempunyai sokongan kukuh.

“Negara tidak menghadapi krisis kepercayaan malah sehingga setakat ini tiada seorang pun boleh menyatakan dia mempunyai sokongan majoriti kecuali Perdana Menteri,” jelas beliau. – SB

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berbahas di sidang Parlimen baru-baru ini.
– GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SIARAN LANGSUNG RTM