Sidang Parlimen ditangguh ke suatu masa yang ditetapkan

0
355

SIDANG Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Penangguhan tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini.

Dalam makluman tersebut, Nizam Mydin turut memaklumkan bahawa pemakluman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan bahawa penangguhan tersebut selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan dan penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kedua-dua cadangan dan penilaian tersebut dilakukan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 yang mana KKM berpendapat Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan wabak itu.

Pada Khamis lepas, pihak KKM telah melakukan saringan Covid-19 di Parlimen susulan laporan terdapat beberapa individu dikesan positif dengan virus berkenaan di kawasan tersebut. – SB

DR. NIZAM MYDIN BACHA MYDIN
Notis Penangguhan Persidangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here