Aaron Chia, Soh Wooi raih pingat gangsa pertama negara

0
335

SEMANGAT beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza, sebentar tadi.

Ini merupakan kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga merupakan beregu nombor satu dunia dalam temasya olimpik kali ini, selepas pertemuan mereka Khamis lalu.

Harapan membawa pulang pingat gangsa menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi berjaya tewaskan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here