Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Caprice buat hal lagi, dikecam netizen melampau perli King Coco -

[VIDEO] Caprice buat hal lagi, dikecam netizen melampau perli King Coco

NAMA penyanyi rap kontroversi tanah air, Caprice kembali menjadi hangat apabila netizen kini mendakwa tindakannya menyindir selebriti media sosial, King Coco sebagai melampau.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya semalam, Caprice telah memuat naik berita daripada sebuah portal mengenai King Coco yang mendedahkan dirinya kini sudah bercerai.

“Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Hantaran berkenaan menimbulkan amarah netizen yang mendakwa gurauannya kali ini agak keterlaluan dan melampau selain memberi contoh tidak baik kepada pengikut apabila memuat naik kapsyen sebegitu.

Dalam pada itu, netizen turut mendakwa gurauan Caprice itu berbaur gangguan seksual dan tidak menghormati wanita.

Menyedari reaksi netizen yang panas itu, penyanyi lagu ‘Xde hal bro’ ini bagaimanapun menukar kapsyen kepada kapsyen yang menyatakan dia dan King Coco boleh belajar memasak sambil menerusi panggilan video sekiranya mereka bertukar nombor telefon.

Menerusi hantaran di Instagram Story Caprice tidak lama selepas itu, difahamkan dirinya telah menghubungi King Coco bagi menjelaskan situasi sebenar.

King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail kelihatan tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakan Caprice dalam kapsyen asal hantarannya.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli pada Ahad, mengulas isu penyebaran bukti-bukti yang melibatkan seorang pendakwah terkenal dengan menyifatkan dunia kini sudah berada di akhir zaman apabila manusia gagal melihat kebenaran sebenar.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman,” ujarnya menerusi InstaStory miliknya hari itu.–SB