Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Geran RM10,000 untuk cari formula kemelut Covid-19 -

Geran RM10,000 untuk cari formula kemelut Covid-19

AHLI akademik dan penyelidik dari universiti atau institusi penyelidikan di seluruh negara kini berpeluang meraih geran sehingga RM10,0000 bagi menjalankan kajian berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tawaran itu dikemukakan melalui Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) yang bertujuan mencari formula terbaik bagi membantu membawa keluar Malaysia dari kemelut pandemik COVID-19.

Mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan PPN kepada Institut Masa Depan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia, Azril Mohd Amin berkata, kertas cadangan itu mestilah menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari.

Katanya, selain geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan terpilih, pemohon yang berjaya juga boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka.

Cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober ini menerusi emel policy@institutmasa.com – SB