Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cadangan skim pencen baharu dihalusi -

Cadangan skim pencen baharu dihalusi

CADANGAN skim persaraan baharu perkhidmatan awam kini Kerajaan sedang diperhalusi bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dioptimumkan dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, mengunjurkan pembayaran pencen menjelang 2030 dianggarkan berjumlah RM46.6 bilion, peningkatan ketara berbanding RM26.38 bilion yang direkodkan pada 2020.

Angka tersebut membabitkan perbelanjaan faedah persaraan termasuk pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan “award” wang tunai gantian cuti rehat, jelasnya.

“Kerajaan sedang memperhalusi skim baharu ini bagi memastikan ia akan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,” katanya.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Wong Hin Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pembayaran pencen mengikut perundangan pencen dan unjuran bagi 2030, selain usaha kerajaan untuk menghadapi peningkatan pembayaran pencen bagi tahun akan datang. – SB