Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RMK-12: Kerajaan tekad hapuskan kemiskinan tegar menjelang 2025 -

RMK-12: Kerajaan tekad hapuskan kemiskinan tegar menjelang 2025

KEMISKINAN tegar di negara ini berupaya dibasmi menjelang 2025, menerusi penubuhan unit khusus bagi merungkai isu berkenaan di peringkat Persekutuan dan pejabat daerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha menangani kemiskinan dan kesenjangan pendapatan wajar dirintis dengan mempelajari kejayaan yang dicapai beberapa negara lain.

Jelas beliau, pendekatan keseluruhan negara harus menjadi sandaran bagi memastikan rakyat miskin termasuk individu yang menetap di bandar dan berdepan kesempitan kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup secara ketara dapat dibantu.

“Bagi menangani isu kemiskinan dan kesenjangan pendapatan, kita perlu belajar daripada kejayaan yang dicapai beberapa negara lain. Inisiatif membasmi kemiskinan tegar untuk memastikan rakyat miskin, termasuk miskin bandar dibantu, melalui pendekatan keseluruhan negara.

“Unit khusus pada peringkat Persekutuan dan di pejabat daerah akan ditubuhkan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Memperincikan mekanisme di sebalik fokus kelima bagi membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan, Ismail Sabri menjelaskan, unit khas berkenaan akan bertanggungjawab menyelaras pangkalan data secara bersepadu serta semua program kerajaan, sektor korporat dan CSO.

Menerusi kaedah itu, katanya, pegawai yang diberi tugas khusus akan ditempatkan untuk menguruskan perihal kemiskinan di peringkat daerah, sekali gus berupaya menjamin penyelesaian isu terbabit dalam tempoh empat tahun. – SB