Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
228 kematian akibat Covid-19 -

228 kematian akibat Covid-19

JUMLAH kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam adalah sebanyak 228 orang dan daripada angka tersebut, 139 adalah kes kematian tertunggak, menurut laporan COVIDNOW.

Keseluruhan kes kematian disebabkan oleh Covid-19 di negara ini meningkat kepada 25,159 kes.

Daripada jumlah kes kematian berkenaan, 36 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan kes keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan ialah sejumlah 4,923 kes.

Secara keseluruhannya termasuk penambahan kes tertunggak, Lembah Klang kekal mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 78 kes yang merangkumi Selangor (75) dan Kuala Lumpur (tiga).

Selain itu ialah Johor dengan 56 kes kematian, disusuli Sabah (19), Kelantan (18), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (sembilan), Pulau Pinang (lapan), masing-masing empat kes kematian dicatatkan di Melaka dan Terengganu dan Pahang (tiga).

Dua negeri dan wilayah masing-masing tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.

Dalam pada itu, data yang disiarkan COVIDNOW juga menunjukkan, kini masih terdapat 191,434 kes dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Daripada jumlah yang dipaparkan itu, terdapat 161,889 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (18,589) dan hospital (9,886). 

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kejayaan menguruskan pendemik Covid-19 hari ini adalah hasil langkah berani yang diambil kerajaan sebelum ini dan diteruskan sehingga sekarang.

Bekas perdana menteri itu berkata, tuduhan kerajaan gagal adalah fitnah semata-mata yang bermotifkan politik sedangkan, negara kini beralih ke fasa pemulihan yang baik hasil perancangan ketika zaman pemerintahannya. – SB