Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM melakukan lawatan kerja di Johor, menghadap Sultan Ibrahim -

PM melakukan lawatan kerja di Johor, menghadap Sultan Ibrahim

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan kerja sehari di Johor hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu memulakan lawatan kerja dengan menghadap Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pagi tadi.

Lawatan di negeri itu merupakan kali pertama beliau turun ke Johor sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lalu.

Ismail Sabri tiba di istana berkenaan pada pukul 11.44 pagi dengan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Beliau turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama-sama Sultan Johor.

Selain itu Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira sejam pada kunjungan rasmi pertama itu.

Selepas pertemuan itu, beliau mendengar taklimat mengenai pembangunan negeri secara tertutup di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Beliau juga dijadualkan bertemu pemimpin masyarakat pada satu majlis tertutup di hotel sama selepas itu.