SEKOLAH-sekolah di seluruh negara secara keseluruhannya telah bersedia menerima kehadiran murid-murid apabila sesi persekolahan dibuka kelak.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, sekolah-sekolah berkenaan telah mempersiapkan premis masing-masing seperti mana dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam konteks Delta Varian apa yang paling penting adalah pengudaraan dalam bilik darjah, bilik khas, pejabat dan seluruh kawasan berbilik di sekolah perlu dipastikan berlaku pengudaraan yang baik seterusnya dapat mengurangkan risiko jangkitan.
‘’Ada beberapa perkara yang boleh ditambahbaik khususnya dalam konteks pengudaraan di bilik-bilik darjah dan bilik khas di mana poster-poster dan langsir yang tergantung perlu dialihkan bagi memastikan pengudaraan berada di tahap terbaik,’’ katanya selepas membuat tinjaun tersebut.
‘’Selain Langkawi, ada dua lagi tempat iaitu Labuan dan Negeri Sembilan yang akan memulakan sesi persekolahan, maka persediaan itu perlu dibuat dengan rapi. Memang kemasukan pertama ini untuk kelas peperiksaan tapi akan diikuti oleh murid-murid lain di sekolah rendah juga.
‘’Jadi, itulah yang kita tekankan supaya membuat persiapan dan persediaan lebih awal walaupun secara umumnya ketika sekolah dibuka pada Fasa 4 yang hanya pelajar peperiksaan bagi sekolah menengah. Tapi Kita juga akan menerima murid berkeperluan khas sebagai contoh dan juga murid prasekolah,’’ katanya kepada media selepas melakukan tinjauan persiapan sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 3 Oktober ini Pulau Tuba, Langkawi, Kedah pada Sabtu.
Dalam lawatan itu, beliau mengunjungi empat buah sekolah iaitu, Sekolah Menebgah Kualw Langkawi Pulau Tuba, Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak, Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior.
Pengoperasian sekolah di Langkawi adalah mengikut negeri dalam Fasa 4 PPN dan pulau itu kini berada di bawah pelaksanaan inisiatif gelembung pelancongan.
Beliau turut meninjau asrama bagi memastikan segala garis panduan yang diberikan dipatuhi.
Menurut Radzi, secara umum beliau mendapati sekolah-sekolah telah bersedia menerima kehadiran murid-murid apabila sesi persekolahan dibuka kelak. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.