KHABAR angin selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hamil semakin panas hari ini selepas ‘kelakuan’ di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi terus mengundang seribu pertanyaan mata memerhati.
Rakaman foto jurukamera yang kerap memperlihatkan usahawan tudung itu mengusap perut seolah-olah mengiyakan khabar angin dirinya hamil, mengujakan netizen.
Tampil cantik dengan mengenakan baju berwarna kelabu, Neelofa hadir bersama suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail, hadir ke mahkamah prosiding sebutan semula kes pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dihadapi mereka sebelum ini.

Netizen tidak melepaskan peluang memberikan komen masing-masing sebaik melihat gambar-gambar tersebut.
“Alhamdulillah ngandung dah neelofa. Begitu je cantiknya. Tahniah,” ujar pengguna, Sti Mal di ruangan komen.
“Eh..eh..dia pegang perut memang pregnant la..besar dah perut,”ujar penguna Ami Ganee.
“Macam nampak ‘baby bump’ la…,” luah seorang lagi pengguna Sharifah Syed.
Semalam, SatuBerita menyiarkan satu laporan mengenai desas-desus status kehamilan Neelofa setelah gambar terbaharu yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, seolah-olah menampakkan dirinya sedang hamil dan mendapat perhatian netizen.
Orang ramai sudah mula mengucapkan tahniah serta menitipkan doa biarpun tuan badan masih lagi belum membuka mulut untuk mengesahkan perkara itu.
Ini bukan kali pertama bekas pengacara MeleTOP itu dikatakan sedang hamil oleh peminatnya, apabila khabar ingin ini bermula pada Julai lalu selepas dilihat kerap memegang dan mengusap perutnya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram.
Malah, persona yang lebih mesra disapa Lofa itu dilihat kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.