Anak Nazrief Nazri postif Covid-19

Anak sulung kepada pelakon, Nazrief Nazri yang baru berusia 2 bulan, disahkan positif COVID-19 hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran di Instagram Story milik isterinya, Aziatul Aqma Hamdan.

Katanya, sepatutnya anak kepada pasangan ini dijadualkan berkhatan pada hari ini namun disahkan positif virus berkenaan selepas melakukan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.

“Sepatutnya Noah berkhatan hari ini. Tetapi sedihnya, Noah disahkan positif Covid. Saya dan suami negatif,” luahnya menerusi hantaran tersebut.

Bagaimanapun,Aziatul memaklumkan anak mereka tidak meragam ketika melakukan ujian PCR dan tiada simptom selain berkahak.

Tangkap layar Instagram Story Aziatul.

Dalam pada itu, Aziatul turut mengingatkan petugas kesihatan agar sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menjalankan tugas atau ketika menjalankan pemeriksaan bayi.

“Nurse kalau nak jalankan tugasan, tolong ikut SOP. Saya faham Nurse geram dengan Noah, tapi situasi sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.

“Tak cukup dalam bilik, dekat kaunter nak bayar bil pun nurse datang pegang-pegang Noah,” tegasnya sambil memohon doa orang ramai agar anak mereka cepat sembuh dari jangkitan berkenaan.

Tangkap layar Instagram Story Aziatul.

Menurut laporan Mstar, Nazrief memaklumkan anaknya berada dalam keadaan baik serta mengakui terkejut dengan keputusan ujian berkenaan kerana pasangan berkenaan tidak pernah membawa anak mereka berjumpa sesiapa kecuali staf hospital semasa membuat pemeriksaan serta ketika berpantang.

Pelakon drama ‘Bidadari Salju’ ini turut menyarankan agar ibu bapa di luar sana menguruskan sendiri bayi mereka semasa mendapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti mereka berlaku.

Nazrief dan isteri yang berkahwin pada tahun 2015 di ibu negara, menimang cahaya mata sulung pada 19 julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.–SB