Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan -

PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan

CALON Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.

Dakwanya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung dan khemah milik PH yang memiliki atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

“Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Izhar berkata, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis akan dilakukan,” ujarnya.

Beliau menyeru semua penyokong PN termasuk ejen mengundi dan mengira agar memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini.