Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas CEO bebas tuduhan suapan bekal kurma sempena Ramadan -

Bekas CEO bebas tuduhan suapan bekal kurma sempena Ramadan

BEKAS Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS) hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk bekalan Kurma For Ramadan Gift, empat tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wafiy Abd Aziz, 38, pada akhir kes pendakwaan.

“Sehubungan itu mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan wang jaminan (RM12,000) dikembalikan,” katanya.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh diwakili peguam Baljit Singh Sidhu.

Perbicaraan kes itu bermula pada Ogos 2021 dengan 24 saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Wafiy didakwa menggunakan jawatan itu untuk mendapatkan suapan, dengan meluluskan bayaran baucar EMGS bertarikh 3 Jun 2019 berjumlah RM12,175 kepada Mileeya Enterprise untuk bekalan daripada sebuah syarikat yang dimiliki saudara tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di EMGS Jalan Mayang Sari Kuala Lumpur pada 3 Jun 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama