Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN : Tok Mat Hasan dan 3 bekas MB antara calon BN -

PRN : Tok Mat Hasan dan 3 bekas MB antara calon BN

TIMBALAN  Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan antara pemimpin tertinggi Barisan Nasional bertanding pada PRN enam negeri, pada 12 Ogos.

Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau akan mempertahan kerusi Rantau di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung  Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, juga mengumumkan Ketua BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pendidikan, bertanding di kerusi Pedu.

Dalam pada itu, dua bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman masing-masing bertanding di Kijal dan Seberang Takir, lapor FMT.

Ketua UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias, yang disebut-sebut mungkin menjadi calon Menteri Besar, akan bertanding di kerusi Pertang, manakala Ketua UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin, pula bertanding di Gombak Setia.

Asyraf juga mengumumkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan bertanding di Bertam.

Selain itu, nama besar lain tercalon termasuk Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, bertanding di Kuang.

Sementara itu, Najib Isa, anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, akan bertanding di Bagan Pinang.