Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saifuddin rayu batal keputusan pemilihan PKR lepas kalah pada Rafizi, kata Hamzah -

Saifuddin rayu batal keputusan pemilihan PKR lepas kalah pada Rafizi, kata Hamzah

BEKAS Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Pada pemilihan PKR pada tahun lalu itu, Rafizi menewaskan Saifuddin dengan majoriti yang besar.

Mendedahkan perkara itu dalam satu ceramah di Sik, Kedah, Hamzah berkata Saifuddin ada berjumpa dengannya lepas seminggu kalah dan menghantar surat memohon keputusan pemilihan tersebut dibatalkan.

“Saifuddin Nasution, jangan lupa, selepas seminggu kamu kalah, kamu jumpa saya hantar surat tolong batalkan pemilihan PKR.

“Surat ada pada saya,” katanya lapor FMT sambil menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang memantau parti politik adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Saifuddin ketika ini adalah menteri dalam negeri di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.