Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Swatch Malaysia saman kerajaan libat rampasan jam 'pelangi' -

Swatch Malaysia saman kerajaan libat rampasan jam ‘pelangi’

THE Swatch Group (M) Sdn Bhd mengambil tindakan saman terhadap kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Jun lalu, berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 172 jam tangan jenama itu pada Mei lalu.

Swatch Malaysia selaku pemohon, memfailkan saman melalui Tetuan Nizam Bashir & Associates dengan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), setiausaha bahagian penguatkuasaan kementerian, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan masing-masing responden pertama hingga keempat.

Sebelum ini, penguat kuasa KDN dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menerusi dokumen yang diperoleh, syarikat itu memohon perintah daripada mahkamah untuk membatalkan notis rampasan dan perintah agar responden memulangkan jam tangan termasuk ganti rugi.

Swatch Malaysia mendakwa, selama beberapa tahun, syarikat itu telah menjual jam tangan yang diilhamkan oleh warna pelangi untuk meraikan ‘pride’.

Katanya, ia merujuk kepada pergerakan hak asasi manusia antarabangsa yang diadakan pada Jun untuk mempromosikan kesaksamaan dan penghormatan.

“Rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

“Kita juga telah memohon supaya semua jam itu dipulangkan pada Jun lalu namun KDN tidak berbuat demikian,” kata syarikat itu menerusi dokumen tersebut lapor Sinar Harian.