Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Insiden KLIA: Polis serah kertas siasatan dalam masa terdekat -

Insiden KLIA: Polis serah kertas siasatan dalam masa terdekat

POLIS akan menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan telah lengkap.

“Kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat ini untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Dilaporkan pada 2 Julai bahawa polis telah membuka kertas enkuiri polis (KEP) untuk menentukan sama ada wujud sebarang kesalahan oleh mana-mana pihak terbabit dalam kejadian itu.

Polis juga merakam percakapan 22 saksi, terdiri daripada empat pengadu, 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pekerja syarikat ejen pelancongan.

Dalam kejadian bulan lepas itu, Tiong dikatakan mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba membantu wanita terbabit.

Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.