Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Rangkuman SatuBerita 19 September 2021 -

[VIDEO] Rangkuman SatuBerita 19 September 2021

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan pemberian dos ketiga akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Menurut beliau, langkah itu akan dilaksanakan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, pelaksaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, polis sudah mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata suspek lelaki berusia 26 tahun itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah.

Polis sedang mengesan suspek yang keluar dari kenderaan dipandunya dalam keadaan masih bergerak sehingga terbabas ke parit sebelah kiri jalan.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, kedua lelaki itu cuba meloloskan diri selepas menyedari pemeriksaan yang diadakan anggota polis.

Penumpang MPV berusia 27 tahun sudah ditahan dan pemeriksaan menemui 19 paket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram dalam beg sandangnya.

Sementara itu kata pepatah, tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang berlaku kepada seorang pesawah di Padang Terap apabila kehadirannya untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di Dewan Tunku Putra pada 10 September lalu, berakhir dengan membawa pulang sebuah motosikal baharu.

Motosikal berkenaan merupakan sumbangan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada penerima vaksin ke 49,400 di daerah itu.

Menurut pesawah itu, Mohd. Isham Md. Isa, 44, dia amat bersyukur dengan pemberian terbabit memandangkan motosikal digunakannya ketika ini berada dalam keadaan agak ‘uzur’ kerana sudah terlalu lama digunakan.–SB