Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari -

Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

EORANG lelaki direman tujuh hari bermula semalam selepas disyaki menikam bekas isterinya Rokiah Ayub, 42, sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 51 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Lelaki tersebut direman hingga Sabtu ini dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita berusia 42 tahun yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun maut disyaki ditikam bekas suaminya di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim.

Dalam insiden itu, suspek yang juga bekas suami mangsa turut cedera parah selepas dipercayai menikam dirinya sendiri dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.

BERNAMA