Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PLUS aktifkan SmartLane, atasi lonjakan trafik sempena Aidiladha -

PLUS aktifkan SmartLane, atasi lonjakan trafik sempena Aidiladha

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil inisiatif mengaktifkan laluan SmartLane di lima lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi mengatasi lonjakan trafik sempena perayaan Aidiladha akan datang.

Menurut PLUS dalam satu kenyataan, kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya PLUS pada hari-hari puncak iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu), peningkatan 12 peratus berbanding jumlah kenderaan harian biasa sempena perayaan Aidiladha.

Sebagai langkah proaktif, PLUS telah menambah pasukan PLUSRonda untuk melakukan rondaan tambahan di lebuh raya.

“Kerja-kerja penyelenggaraan jalan dihentikan sementara antara 24 Jun dan 3 Julai, kecuali kerja-kerja penyelenggaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna.

“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) telah disediakan dan boleh dirujuk di laman web PLUS atau melalui saluran media sosial mereka bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya berjalan lancar.

“Makluman trafik terkini juga akan disampaikan melalui paparan papan tanda elektronik lebuh raya, stesen-stesen radio, Twitter PLUSTrafik, media sosial dan Chatbot PUTRI,” jelas Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz.

Pada masa sama, PLUS mengingatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar lebuh raya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H lapor Astro AWANI.