Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas calon PRU15 BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah tidak wujud -

Bekas calon PRU15 BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah tidak wujud

BEKAS calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya empat orang guru berhubung pembelian tanah dan rumah tidak wujud, yang membabitkan kerugian lebih RM350,000.

Tertuduh, Hamidah Muhamad, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret R. Prabakaran dan Majistret Nur Atiqah Sapari.

Mengikut pertuduhan, dia yang bertanding atas tiket Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa memperdaya dua orang pengetua dan dua orang guru dalam urusan pembelian tanah dan rumah pada 2021 dan 2022.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sekitar Taiping.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan bekas Ketua Wanita Makkal Sakti Bahagian Taiping itu diikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 31 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pada PRU15, Hamidah tewas kepada calon DAP, Cheah Pou Hian dalam pertandingan tiga penjuru, dengan majoriti 20,111, lapor Sinar Harian.