Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Pelik, entah bila pembangkang dipelawa?' - Pemuda PN soal PM -

‘Pelik, entah bila pembangkang dipelawa?’ – Pemuda PN soal PM

DAKWAAN kononnya Ahli Parlimen pembangkang enggan mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan masing-masing dinafikan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata menepis dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya pemimpin pembangkang tidak mahu berbincang, malah tidak pernah ada pelawaan dibuat oleh kerajaan campuran.

“Saya baca kenyataan PMX seperti yang dilaporkan di media massa. Saya dan kawan-kawan Ahli Parlimen PN ini sentiasa terbuka.

“Jemputlah kami bincang projek apa di kawasan kami. Entahlah bila yang dikatakan kami enggan terima pelawaan kerajaan itu, pelik,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini, lapor Agenda Daily.

Semalam, Anwar mendedahkan ahli Parlimen pembangkang didakwa masih enggan menerima pelawaan kerajaan bagi mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan mereka yang belum diluluskan

Beliau memberitahu, apa yang dilakukan pembangkang ketika ini hanya memberi kecaman terhadap kerajaan termasuk mendakwa kerajaan zalim kerana tidak memberi kelulusan projek yang dibawa.

Tambah Ahmad Fadhli, lebih pelik lagi bila dikatakan 30 tahun pihak pembangkang tidak bagi peruntukan.

“Memang ajaib kenyataan beliau,” ujarnya.

Tegasnya lagi, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai perkara tersebut.