Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
38 suspek termasuk 4 wanita ditahan polis dipercayai terlibat sindiket ah long -

38 suspek termasuk 4 wanita ditahan polis dipercayai terlibat sindiket ah long

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SERAMAI 38 suspek termasuk empat wanita ditahan selepas dipercayai menjadi ahli sindiket ah long dalam operasi khas yang dijalankan polis Pulau Pinang bermula 5 Jun lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 72 tahun itu ditahan di sekitar Pulau Pinang dan negeri jiran dalam usaha berterusan pihaknya membanteras aktiviti pinjaman wang tidak berlesen di negeri itu.

“Kebanyakan tangkapan dibuat di Pulau Pinang, bagaimanapun terdapat beberapa tangkapan yang dibuat di negeri jiran selepas mereka melarikan diri.

“Mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di Georgetown, Pulau Pinanh hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang memburu sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang menghantar sepucuk surat amaran dan ugutan jenayah kepada Kok Chin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius tindakan ahlong yang berani mencabar serta mengugut pegawai tertinggi PDRM di Pulau Pinang.

Surat layang tersebut yang ditujukan kepada Kok Chin dimasukkan di dalam sampul surat dan diterima pada 1 Jun lalu melalui perkhidmatan Pos Malaysia.

Sementara itu, ditanya sama ada suspek-suspek yang ditahan itu terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap beliau, Kok Chin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap mereka.

“Kita sedang menyiasat sama ada mereka terlibat, cuma apa yang saya boleh maklumkan, kita ada modus operandi untuk mengesan (ahlong) yang terlibat dengan ugutan jenayah ini,” katanya. – SB