DUN Kelantan bubar 22 Jun ini , beri laluan Pilihan Raya Negeri – MB

KERAJAAN Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata perkara itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Hari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14.

Jadi selepas saya mengadap Sultan Kelantan bagi memohon perkenan pembubaran DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan DUN.

“Justeru, Sultan Kelantan perkenan untuk membubarkan DUN pada 22 Jun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di Kota Bharu, hari ini, lapor BH Online.