SERAMAI 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali.
Mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2022, beliau berkata pencapaian calon SPM pada 2022 lebih baik apabila merekodkan gred purata nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 tahun sebelumnya.
Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022.
“Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran,” katanya.
BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.