Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anwar tak perlu sembang soal kemiskinan, hang tak tau apa - Sanusi -

Anwar tak perlu sembang soal kemiskinan, hang tak tau apa – Sanusi

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat meremehkan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membasmi miskin tegar di Malaysia, dengan mendakwa perdana menteri “tak tahu apa-apa” tentang kemiskinan.

“Dia (Anwar) cakap pasal orang miskin, dia pernah miskin?

“Dia anak pemimpin Umno. Bapa dia ahli parlimen, mak dia (anggota) Wanita Umno. Dia mengaji (belajar) di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar),” katanya ketika berceramah dalam program kempen PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi.

Lebih 4,000 hadirin – dengan kebanyakannya memakai baju PN – membanjiri Kompleks PAS Tanjong Karang.

Antara pemimpin yang hadir adalah Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Azmin Ali, bekas ahli parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, Ketua Wanita Bersatu Datuk Seri Rina Harun, Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim.

Mengimbas kembali bagaimana dia membesar dalam keluarga yang miskin, di mana bapanya mengambil pelbagai pekerjaan untuk menyaranya dan 12 adik-beradik yang lain, Sanusi menegaskan dia tahu tentang masalah kemiskinan.

Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa!

“Ini (kata) nak memuktamadkan (membasmi) kemiskinan…Tak usah sembanglah bos, hang berangan-angan saja,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS.

Katanya lagi, jika Anwar benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar, dia sepatutnya meluluskan hab logistik Kedah Aerotropolis.

“Dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Kedah kedua terendah selepas Kelantan.

“Walaupun produk banyak, kita tak ada pelabuhan. Barang-barang kita dieksport melalui pelabuhan di Pulau Pinang, Klang dan Singapura. KDNK kita dimasukkan ke dalam Pulau Pinang, Selangor dan Johor,” katanya lagi.

Kedah Aerotropolis

Sanusi berkata dia telah menulis tiga pucuk surat kepada Anwar untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan projek tersebut, namun dia mendakwa Anwar menolaknya.

Dia mendakwa keengganan Anwar untuk meluluskan projek itu setelah dia enggan memohon maaf kerana didakwa memfitnah Anwar ketika kempen PRU lalu.

Dalam ucapannya di Tambun pada November lalu, Sanusi mengingatkan pengundi berkenaan Anwar yang pernah disabitkan bersalah atas tuduhan liwat dan salah guna berkuasa, dan menyifatkannya sebagai “muflis moral”.

“Dia juwa koyak, hati tisu. Nak jadi perdana menteri, hati tak boleh tisu.

“(Anwar) bukan hadapi Sanusi seorang saja, nak hadapi 32 juta rakyat Malaysia, beratus negara luar dan dasar luar mereka terhadap Malaysia. Nak hadapi tindakan perisikan antarabangsa yang nak pengaruhi dasar luar kita.

“Hati kita tak boleh tisu, jiwa kena kental. Tak boleh layan benda-benda hati tisu,” katanya lagi, lapor MalaysiaKini.

Kedah Aerotropolis adalah projek mega yang antaranya merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim serta sebuah hab pembuatan dan logistik, yang menurut Sanusi tidak memerlukan dana persekutuan.

Sebelum ini dia berkata projek itu akan didanai oleh inisiatif swasta dan pelaburan syarikat tempatan.