Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pas beri laluan kepada Bersatu tawan kerusi UMNO di Kelantan -

Pas beri laluan kepada Bersatu tawan kerusi UMNO di Kelantan

PAS Kelantan memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menawan kerusi yang dimenangi UMNO sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut merupakan asas perbincangan pihaknya sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

“Bersatu bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO, Pas tanding di kerusi Pas sudah menang.

“Cuma di peringkat negeri ada sedikit ubah suai di peringkat akhir,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2023 di Pusat Tarbiyah Islamiah (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar memberitahu, setiap kali pilihan raya, Pas akan menampilkan 30 peratus muka baharu untuk dipertandingkan.

Ujarnya, ia tidak semestinya melibatkan golongan muda tetapi muka baharu.

“Ia merupakan amalan biasa yang kita buat setiap kali pilihan raya.

“Kami sudah mempunyai senarai calon cuma hendak disenarai pendekkan sahaja,” katanya lapor Sinar Harian.

Tambah beliau, semua nama calon di Kelantan sudah ada di tangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, jadi serah pada beliau untuk memilih siapa.

Menurut Mohd Amar, setiap kerusi akan mempunyai tiga calon.