Seorang bakal pelancong ke Langkawi dikesan positif Covid-19

SEORANG bakal pelancong ke Langkawi telah dikesan positif Covid-19 selepas ujian pengesanan dijalankan dan menjalani ujian jaringan susulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Perkara tersbut dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam hataran di Facebook rasminya selepas melakukan tinjauan proses ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pengesanan Covid-19 terhadap penumpang ke Langkawi di KLIA dan klia2 pada Khamis.

Ka Siong juga memaklum pelancong tersebut bersama keluarganya juga telah tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat penerbangan bagi menjaga keselamatan penumpang lain

“Beliau (penumpang) juga akur apabila tidak dibenarkan menaiki penerbangan demi keselamatan penumpang lain. Ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui RTK Antigen juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat,” katanya.

Pelancong berkenaan dan keluarganya itu merupakan sebahagian daripada 1,520 penumpang yang bakal berlepas menerusi lapan penerbangan ke Langkawi sempena bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik ke pulau itu hari ini.

Menurut Ka Siong, kesemua penerbangan itu melibatkan empat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), satu penerbangan Malindo Air dan tiga AirAsia. – SB