Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) serta tertutup (indoor) di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan kepada individu lengkap vaksin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti itu perlu dijalankan secara tempahan, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi selain fasiliti sentiasa disanitasi.
Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan membabitkan sentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw juga dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan itu bagi individu lengkap vaksin dan dilakukan di premis mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.
“Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan dan premis yang sama dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih turut dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.