Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Takiyuddin jalani kuarantin kendiri -

Takiyuddin jalani kuarantin kendiri

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan dirinya akan tetap melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.

“Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 September sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugasan rasmi secara fizikal,” katanya. – SB