Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima rumah terbakar di Salak Selatan -

Lima rumah terbakar di Salak Selatan

LIMA buah rumah musnah dala kebakaran yang berlaku Jalan 18, Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 pagi.

“Seramai 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi, BBP Hang Tuah bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis separa kekal.

“Pasukan bomba turut menghadapi cabaran apabila tekanan air yang rendah sekali gus menyukarkan pemadaman.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada 6.35 pagi,” katanya dalam kenyataan yag dikeluarkan, hari ini.

PGOKL berkata, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa namun kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 100 peratus.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya, lapor Astro AWANI.