SASARAN Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan awal tahun ini oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan, setakat semalam, sebanyak 72.7 peratus (17.03 juta) populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 90.9 peratus (21.30 juta) daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.
Sementara itu, sebanyak 38,260,575 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.
“Semalam, sebanyak 258,929 dos vaksin telah diberikan menerusi PICK,” menurut JKJAV.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.