KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 19,550 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,960,500 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,743 kes.
Ia disusuli Selangor dengan 2,416 kes, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354), Kelantan (1,320), Terengganu (953), Pahang (722), Kuala Lumpur (555), Melaka (490), Negeri Sembilan (198), Perlis (73), Putrajaya (24) dan Labuan (2).
Jumlah jangkitan harian di Sarawak hari ini adalah rekod baharu berbanding rekod terdahulu 3,734 kes yang dicatatkan semalam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.