Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas maut selepas bergaduh dengan pekerja sendiri di restoran -
Bayi rentung

Warga emas maut selepas bergaduh dengan pekerja sendiri di restoran

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG warga emas maut apabila tiba-tiba rebah selepas bergaduh dengan pekerjanya yang juga seorang pembantu tukang masak di sebuah restoran dekat Jalan Stadium, Alor Setar, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 68 tahun itu tiba-tiba rebah setelah dileraikan daripada bergaduh dengan suspek yang berusia 55 tahun kira-kira pukul 5.15 petang, di belakang restoran tersebut.

Difahamkan pada mulanya berlaku perselisihan faham antara anak mangsa dan isteri suspek sebelum mangsa tiba-tiba bertindak memarahi isteri suspek.

“Perbuatan itu tidak disenangi suspek hingga mengundang pergaduhan antara suspek dan mangsa. Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan turut menyerang mangsa dengan kayu dan sempat melepaskan beberapa tumbukan.

“Pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dileraikan. Namun mangsa dikatakan tiba-tiba rebah selepas pergaduhan itu selesai.

“Pegawai perubatan yang tiba ke lokasi tidak lama selepas itu bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, mangsa mempunyai sejarah darah tinggi, sakit tulang belakang dan jantung.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, seorang lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa dan punca hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya. – SB