Setelah sekian lama kita ‘dikurung’ di dalam rumah berikutan lonjakan kes wabak Covid-19, kini hampir semua sektor ekonomi dan jenis aktiviti pelancongan sudah dan bakal dibuka bagi merancakkan lagi ekonomi negara.
Ini juga termasuk salah sebuah destinasi pelancongan popular negara Pulau Langkawi, yang bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan, mulai 16 September ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.
Berikut adalah SOP untuk bercuti di Langkawi
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
ii. Jenis percutian – harian, bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan – mengikut kapasiti kenderaan
iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi – dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis
v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan – Tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan (semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP)
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan:
- Hotel & Inap Desa
- Produk Tarikan Utama Pelancongan: Aktiviti pantai, sukan air, memancing, taman rekreasi dan lain-lain
- Minat khas: Golf, berbasikal, memancing, pelayaran
- Eko Geo Kembara
- Hasil Seni dan Budaya
- Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga
- Lawatan Akademik
Dalam pada itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.