Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelantar perancah bangunan jatuh hempap kereta -

Pelantar perancah bangunan jatuh hempap kereta

SEBUAH kereta jenis Toyota rosak teruk selepas dihempap pelantar perancah yang jatuh dari tingkat 56 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dalam kejadian 8.45 pagi itu, sekeping pelantar perancah bangunan setinggi 80 tingkat yang dalam pembinaan itu telah jatuh dan mengenai kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan berikutan pemandu kereta itu berada dalam kedai berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan.

— BERNAMA