Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan tiga lelaki disyaki samun,curi kereta bersenjatakan parang -

Polis tahan tiga lelaki disyaki samun,curi kereta bersenjatakan parang

POLIS berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kes samun bersenjatakan parang dan mencuri kereta Perodua Myvi berhampiran sebuah pangsapuri di Petaling Jaya di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata dua daripadanya berusia 32 tahun manakala seorang lagi 39 tahun dengan kesemuanya ditahan berasingan di sebuah hotel di Bandar Sunway dan pangsapuri di Puchong, antara 6 hingga 7 pagi semalam.

“Polis berjaya menemukan semula kereta yang dilarikan suspek di Seksyen 27, Shah Alam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 2.05 pagi itu, seorang lelaki berusia 25 tahun telah didekati suspek yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada mereka melarikan kenderaan mangsa.

Ku Mashariman berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kesemua suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya.

— BERNAMA