Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
GEMPAR!!! Lelaki kurang siuman hayun sabit depan balai polis -

GEMPAR!!! Lelaki kurang siuman hayun sabit depan balai polis

KEADAAN panik dan tegang berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman ‘mengamuk’ di hadapan balai polis berkenaan sekitar pukul 8 pagi, hari ini.

Dengan bersenjatakan sabit, lelaki berkenaan dilihat cuba menyerang sesiapa sahaja yang cuba mendekatinya. 

Lelaki itu juga dilihat bertindak agresif apabila memanjat kereta peronda sambil menghayunkan sabitnya.

Video insiden itu tular hari ini berakhir selepas lelaki berusia dalam lingkunan 60-an itu berjaya ditahan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Pihak bomba terpaksa menyembur air ke arah lelaki berkenaan sebelum ditahan anggota polis.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan motif sebenar lelaki terbabit berbuat demikian.

Bagaimanapun berdasarkan komen orang ramai di laman sosial, difahamkan lelaki tersebut kurang siuman dan ada juga yang mengaitkan suspek dengan penyalahgunaan dadah. – SB