Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti -

Tanah runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti

SEJUMLAH tujuh buah kenderaan telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima buah kenderaan telah dikenal pasti.

“Daripada lima buah kenderaan, dua melibatkan mangsa yang masih hidup, dua mangsa yang telah meninggal dunia dan satu kenderaan membabitkan mangsa yang masih hilang,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Isnin, lapor Astro AWANI.

Mengulas perkembangan bilangan mangsa, beliau berkata, jumlah itu masih kekal seperti yang dilaporkan setakat Ahad.

Dalam masa sama, Suffian turut mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti mangsa terlibat dengan tidak menularkan gambar atau video yang bokeh mengaibkan pihak berkenaan.

Operasi SAR pada Isnin kembali diteruskan seawal pukul 8 pagi dalam usaha mencari sembilan lagi mangsa yang masih dilaporkan hilang.