TIGA tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, sehingga mengorbankan 16 nyawa setakat ini disahkan tidak berlesen, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Malaysiakini melaporkan, pengendali tapak perkhemahan itu berdepan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000, jika didapati bersalah.
Mengesahkan pengusaha dibenarkan membuka ladang organik, Nga mendakwa mereka tidak mengemukakan permohonan untuk mewujudkan tapak perkhemahan.
Dia dilaporkan berkata bahawa 155 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia telah diarahkan menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai selama tujuh hari – berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Nga, kerajaan akan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengkaji semula risiko yang dihadapi tapak perkhemahan tersebut, menasihati pengendali untuk melibatkan diri dengan jabatan mineral dan geosains untuk menilai struktur tanah mereka.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.