Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN kebijaksanaan PM: Zahid -

Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN kebijaksanaan PM: Zahid

PELANTIKAN bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri adalah hak dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO telah menyatakan pendirian memberi sokongan kepada pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekali gus parti menyerahkan kepada kebijaksanaannya membuat keputusan sesuai dalam mengemudikan negara.

“Saya menerima banyak pertanyaan, bahkan sempat membaca pelbagai komen bertanyakan mengenai apakah pendirian UMNO dalam pembentukan Jemaah Menteri dan perlantikan mantan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Parti telah membuat pendirian menyokong perlantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Ini bermakna, parti menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara.

“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa Perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan Kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, disusuli istiadat angkat sumpah Jemaah Menteri pada 29 Ogos.

Pelantikan Ismail Sabri dibuat setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen, termasuk 50 Ahli Parlimen dari parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dipengerusikan Muhyiddin, iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 PAS dan seorang daripada Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star).

Pada 4 September lalu, Kabinet Ismail Sabri melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri.

Muhyiddin dalam kenyataan balas terhadap kepercayaan diberikan itu berkata beliau sedia menjalankan tugas berkenaan secara sukarela, tanpa sebarang imbuhan.

“Kepercayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini merupakan suatu amanah untuk saya meneruskan segala usaha dan perancangan yang telah dimulakan sebelum ini untuk memulihkan negara daripada kesan wabak Covid-19.

“Saya berbesar hati menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan,” katanya bekas Perdana Menteri itu.