Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mekanik maut dihempap trak pikap sedang diuji -

Mekanik maut dihempap trak pikap sedang diuji

SEORANG mekanik maut selepas dihempap sebuah trak pikap yang dipandunya dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Chiku 2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Noor Asmawi Mat @ Mohd. Nor, 37, dari Felda Chiku 2 maut di tempat kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang mencuba sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dibaikinya di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit dan terbalik ke arah kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan dihempap trak pikap tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Kosmo!